Ilham bicara ku temu tatkala Subuh kian bertamu. Pena ku tarikan, idea ku alirkan. Lahirlah sebuah kisah bertemakan kehidupan. Utk tatapan teman2 kesayangan. Nama & watak tiada kena mengena dgn sesiapa. Ini rekaan sahaja & anggaplah ini sbg hiburan jiwa. Menamakan watak dgn nama teman2 biarpun hanya sekadar sipi2, itu adalah penghargaan ikhlas drp hati yg sgt menghargai sebuah kehidupan & persahabatan ini. Jutaan kemaafan dipinta andainya diri ini pernah mengguris hati teman2. Daku hanyalah insan biasa yg tidak pernah lari drp membuat kesilapan. Sekian.
Dunia remaja ku penuh liku..sama ada kuat atau tidak..harus ku tempuh tanpa sbrg prejudis. Pagi yg hening, bermula perjalanan hidupku. Sendirian menguruskan diri di sini tanpa keluarga di sisi. Tp aku harus tabah. “Lelaki harus kuat!” Azimat ayah terngiang2 di telingaku. Aku tidak menafikan segala pancaroba kadangkala menghasut hatiku utk memberontak. Aku keluar drp rumah seawal usia muda utk membuktikan aku mampu hidup sendiri..kata ayah aku sbg anak harus menurut. Ayah punya segalanya. Cuma pinta ayah, aku harus berjaya dlm pengajian bidang politik agar dpt menjejak kredibiliti ayah suatu masa nanti. Tp itu bukan jiwaku. Arghh...tak guna utk aku terus berdalih. Hidup mesti diteruskan. Pengajianku di kolej, pembiayaannya aku tanggung sendiri.
Seawal usia muda ini, aku mampu menarik nafas lega, mengungkapkan rasa syukur ke hadrat yg maha Esa kerana dgn kurniaan & keberkatannya aku berjaya membuka studio sendiri hasil keringatku menjaja lukisan & potret suatu ketika dulu setelah aku memilih utk idup sendiri. Namun kasih seorg ayah, takkan sanggup membiarkan aku sendirian jatuh terduduk tanpa bimbingan & sokongannya. Maka, perbelanjaan ttp dikirim agar aku tidak merasa disisih & tersingkir. Biarkan la abang & kakak saja yg menuruti jejak langkah ayah. Sumber kiriman ayah & hasil keringatku membuatkan aku kini pemilik studio yg tersergam indah di sudut bandaraya kosmopolitan ini. Seni ttp seni. Karya seni lukisan masih berbekas & masih lg punya permintaan sendiri namun kini aku temui sesuatu yg baru.
Seiring minat, aku jadikan dansa.. seni tari sbg pelengkap pd sebuah kehidupan. Sejak sekolah aku sgt meminati tarian. Sebut sahaja jenis tarian, lentuk badanku mudah shj mengalirkan tenaga menghasilkan sebuah koreografi yg unik & terkini. Hip hop, shuffle, seni tradisional, juz name it, aku mampu lakukan! Suatu masa dahulu, aku pamerkan keunikan breakdance, hip hop & shuffle di jalanan tmpt lepak bersama teman2 ttp hari ini aku mampu berbangga punya studio sendiri. Ini lah aku... KAIZAR!
Deringan telefonku berbunyi. Sape lg kalau bukan kekasih hati, Eddyana. Seperti biasa permulaan hari aku mulakan dgn sarapan bersamanya. Kolej yg sama..pasti ramai yg makan hati. Sudah lama aku ingin melanjutkan pengajian namun kini baru tercapai. Bukan kerana apa tp aku baru punya semangat ingin belajar. Huh! Sape yg tak mahu mendampingi gadis sejelita Ed. Tp aku percaya pd cintanya..cintaku? selain Ed...dansa!!! hahaha..
Tidak ku duga kesenian mempamerkan rentak tubuh yg kreatif & bertenaga mampu memikat pandangan seorang penggemar dansa. Tiap kali aku hadir mempersembahkan lenggok tari ku terutamanya breakdance di pentas seni itu, pasti kelibat gadis itu kelihatan. Namun sape dia? Gaya & perhatiannya menurutku dia sgt cintakan seni tari. Tika alunan muzik & tari bersatu, mataku sering mengharapkan kehadiran Eddyana yg menjadi nadi & nyawa utk aku terus teguh berdiri.
Di suatu sudut kafe itu, terdengar tawa riang beberapa gadis metropolitan yg gemar menggayakan fesyen terkini membawa figura diri masing-masing. Di sudut itulah pertemuan & perkongsian cerita, maklumat & gossip terkini dikumpulkan menjadi satu. Nelly, Zegna, Pojie, Farisha & Eppa, lima sahabat yg feminin bagaikan sebuah kumpulan Elite yg riang bercanda memenuhi segenap bunyi di kafe terkemuka itu. Tidak ketinggalan Adam, kekasih Farisha turut serta dlm pertemuan itu. “Smlm i pegi tgk breakdance tau. I suka la ada sorg b-boy tu. Tarian dia sharp. Wow! Kalau tak silap namanya Kaizar.” Nelly memulakan ruang bercerita. “Kaizar? Yeah...he’s hot! Dia la prom king kat kolej we olz. Mmg jd kegilaan sume awek kat kolej tu especially Moniqa..i pun syok kat dia tau. Tp berangan la..dia setia ok!” Zegna menambah dipersetujui Farisha & Pojie. “Tp dia dh ada awek daa..Eddyana namanya..prom queen kat kolej.. Cantik..sexy babe! Mmg hot chic! Dia pun setia pd Kaizar..so jgn laa ada berani2 nak kacau!” Farisha menjeling manja kekasihnya Adam yg berada di sebelah. “Eddyana setia? Hello...last week i saw her dgn footballer macho tu, student final year tu..ala..sape tuh..? haa...Weszly..siap lentuk baik punya! Kalau tak silap, i dgr story yg dia dgn footballer macho tu dh 2 – 3 jugak kuar dating tau..mesti Kaizar tak tau kan...kalau tak mesti perang besar!”. Nelly memandang Pojie yg bercerita dgn penuh asyiknya. “Gurlz, i got to go.. u olz mmg suka gossip kan..i tak mau campur la. Sayang, i nak beli barang jap. C u later k!” Adam mencium pipi kekasihnya & berlalu pergi. Eppa yg mula diam sedari td sambil membelek majalah mula bersuara. “Babe, tak baik laa..tu gossip je. Eddyana tu kan manja orgnya. Lgpun, pagi tadi i baru nmpk dia dgn Kaizar..tp kan u olz kenal tak ex-senior kita yg nama Hurmz tu?” masing-masing saling berpandangan. “Hurmz? Sape tak kenal..playboy baik punya kat KL ni. Hensem, kaya, macho..lengkap satu pakej! Selagi ada pompuan semua dia nak sapu.” Zegna menghirup kopi panasnya seraya menambah “Eddyana tu pun Hurmz pernah try kan? Last day, i nmpk Eddyana dgn Hurmz tau..Eddyana naik sport car Hurmz...hmm.. bertuahnya!!! Jeles mak!” Nelly baru teringatkan sesuatu. “Kalau tak silap i, Hurmz tu la yg penah kuar dgn my sister tau. Dia anak dato’ kan?” Pojie mengangguk sebelum turut menambah perisa cerita. “Hmm...i pun penah dating dgn dia tau..hehe..tp kalau tak silap i, dia dh ada steady..Edielia, model yg baru nak berjinak2 tu. Harus la Hurmz cari yg fresh nak buat isteri kan... hahahaha...gadis2 itu ketawa dgn gosip2 yg diperdengarkan di kalangan mereka sendiri. “Seronok laa u olz...i je tetiba sesat masuk kolej lain kalau tak boleh join u olz gossip kan..” Nelly mencebik bibir.
Hari yg boring. Eddyana ada claz. Nak ke studio masih awal lg. Lagipun aku dh upah pekerja utk jg studio tu. Sape penjaga studio tu kalau bukan Moniqa yg sanggup nak kerja free utk aku. Hahaha..itulah kuasa bila cinta mula merajai hati. Apa nak buat ye? Idea menjelma, ilham berbicara. Terlukislah sebuah pengharapan atas sehelai kertas kosong di suatu sudut taman. “Cantiknya lukisan tu. Hai. Boleh i duduk sini”. Gadis itu menghulur salam perkenalan. “Juenellydia. Panggil Nelly je. U Kaizar kan!”. Aku mengangguk. Bicara bermula. Seperti teori komunikasi yg mengumpamakannya sebagai kulit bawang yg lapisannya harus diterokai satu-persatu, bicara berlangsung dgn lancar. Bermula dgn latar belakang, pekerjaan, pengajian seterusnya kepada topic ttg minat masing2. Benar jangkaanku, Nelly penggemar dansa. Patut la dia sentiasa ada waktu aku pamerkan seni tariku. Aku ada peminat setia rupanya..hahaha..
Sejak itu, persahabatan kami bermula. Tiada niat mencurangi Eddyana sekadar ingin menambah kenalan & sahabat sahaja. Hari ke hari, persahabatan kian erat. Aku menyenangi tingkahnya. Minatnya yg mendalam ttg alunan muzik, lincah rencah tarianku, teknik pergerakan & segalanya ttg dansa memikat aku utk terus mendampinginya. Suatu hari, perbualan diterokai lebih mendalam apabila Nelly bertanyakan soal Eddyana. Tanpa sebarang niat, aku mengakui cinta suciku pd Eddyana sgt mendalam. “Aah, i dgn Eddyana..dh lama..sejak high school lg..she’s my first luv.” Senyuman terukir. “U couple dgn sape? Hmm..penah couple?” Nelly tersenyum dalam kepahitan. Dia mengangguk perlahan & seperti merahsiakan sesuatu, gadis itu ku lihat seperti merenung memikirkan apa yg tidak terlintas di mindaku. “Nelly, ni tahun terakhir u tau. Prestasi pembelajaran makin merosot. Teruk sgt ni. U ada masalah ke?” Prof. Zackry bertanyakan perihal pembelajaran Nelly. “Sebenarnya prof, saya tak suka business study. Apa yg saya buat hari ni semua tanpa kerelaan saya. Skrg saya sedar, saya dh tak boleh nak teruskan lg”. Gadis itu mengharapkan pengertian. “U tak boleh mcm ni. U kena buat yg terbaik. Ni semester terakhir u, sebelum ni u boleh je buat, kenapa skrg tiba2 merosot teruk. U nak extend ke? Jgn mcm ni Nelly, igt pengorbanan parents u pd u.” Aku memandang Nelly yg masih berfikir sehingga keheningan petang itu dipecahkan dgn luahan rasa gadis itu.
“ I suka dance. Tp my mom & my dad tak bg. Dorg halang segala apa yg i nak buat. I cuma nak belajar dance, mana tau boleh jd koreografer, boleh buat duit apa! Tp i disuruh amik business study utk sambung perniagaan daddy. Mommy kata menari takde masa depan. Kakak i pun menolak cadangan daddy. Geram la..i mcm robot..i menurut semua tanpa kerelaan. Nak kuar rumah pun tak boleh. Skrg, i mtk tinggal dgn kakak tp my parents kenakan syarat i kena tamatkan pengajian i. I tinggal satu semester. Tp i semakin sedar tu bukan jiwa i.”Aku mengerti kini mengapa dia selalu murung. “U ada kakak” Nelly mengangguk. “My sis model. Dulu daddy hantar dia ke Australia, dia balik semula sbb nak kembangkan karier modelling kat sini. Rupanya kat sana dia bukan belajar business tp sibuk mencari ruang utk mulakan karier sbg model. Daddy marah sgt & hampir jatuh sakit. So, utk tidak hampakan daddy, i berkorban amik course yg i tak suka..” Dia ada kakak la. “Kakak u model? Sape?” Nelly menjawab perlahan “Jade Melrossalea”. “Wow, U adik Jade Melrose? I minat sgt dia. Iklan terbaru dia tu..hmmm...nice.. she’s hot!” Nelly ketawa kecil sambil menunjuk ke arah jalanan “Ye..wajah yg terpampang di billboard tu laa kakak i”. Wah, aku berkawan dgn adik supermodel la..! “Tapi kenapa Nelly tak jadi model mcm Jade?” “Sebab i hot & tak secantik kakak..” kami sama2 ketawa. “Jade single lagi?” aku cuba nak masuk line. “Eh..gurau je.” Aku mematikan soalan itu bila melihat Nelly memandang penuh kehairanan. “Hahaha..relax la. Cool. Ramai tanya ttg kakak..tp sorry Kaizar, u lambat amik borang jd abang ipar i. Kak Jade dah bertunang dgn Ashraf. “Ashraf?” spt penah ku dengar nama itu di ruangan gossip majalah. “Ye..Ashraf, anak Tan Sri Muslim yg digosipkan dgn kak Jade. They olz dh tunang dh last month sblum kakak ke London utk iklan baru dia. Maybe tahun dpn naik pelamin, nt bolehlah u dtg dgn Eddyana raikan kakak..hehehe.. Aku memandang wajahnya yg penuh kesepian..mungkin..atau mungkin penuh dgn bebanan? Tak kira sape pun dia, aku tulus dlm persahabatan ini.
“I ada studio tarian sendiri.” Nelly menjawab dalam senyuman “Tau. Semua ttg u i tau. I kan peminat u. Hahaha”. Ish, malu pulak aku. “I faham apa yg u lalui. Takpe, bukankah idup penuh pengorbanan. Tinggal satu semester lagi kan. Abiskan study dulu. Study pun mcm dansa jugak. Punya intrignya. Teknik2 dansa, langkah yg betul, gerakan yg lincah disusuli keunikan koreografi. Sama mcm study. Cari something yg mampu mendatangkan keseronokan. Come on gurl, dah tak lama. Lepas ni u dh grad, boleh dance puas2. Kalau u teringin nak dance, u boleh dtg studio i. Anytime, i boleh ajar u dance. FOC.” Msg telefonku berbunyi. “Sayang, meet me at usual place tonite. Luv u, Ed~” telefon itu kembali ku simpan tanpa teringat utk membalasnya. “Boleh tak i nak follow u ke studio skrg? Kebetulan i tgh free.” Aku tersenyum. Aku tau gadis itu tidak sabar2 menggerakkan liuk lentuk badan mengikut alunan muzik yg bergema. “Biasa naik motor?” “Hmm...tak biasa tp boleh aje laa..” ku sarungkan helmet pdnya. “Pegang kuat2 tau”..Nelly tersenyum dgn usikan nakalku. Harley Davidson hadiah harijadi pemberian ayah itu aku dorongkan penuh bergaya.
Kaizar’s Studio yg aku bangunkan dgn usaha sendiri mempunyai beberapa org penari. Tp petang itu, kesemuanya sudah hampir pulang setelah gigih berlatih tari dgn sahabatku yg jugak koreografer, Muddy. “Kaizar, nape lambat. I tunggu drp td tau. Sape ni?” Moniqa berlari2 anak menuju pd ku. Aku memperkenalkan Moniqa kpd Nelly. Terlihat jelas rasa cemburu Moniqa tatkala aku mula menapak langkah2 tarian yg disusunkan mengikut rentak kelembutan & lentik tubuh gadis itu. “Sebenarnya sebelum mula menari, body kena kuat. So kena work out. Kalau lembik, stamina hilang, tarian pun hambar. Dlm tarian pun kena ada intrig tau..”Nelly terdiam. “intrig”... hehehe...aku membiarkan Nelly mecari sendiri apakah maksud sebenarku...padaku.. intrig dansa mampu memukau pandangan & tumpuan semua mata yg menjamah persembahanku..ku alunkan rentak & langkah tari seperlahan mungkin kepada semaksima kelincahan mengikut keberanian Nelly merencahkannya. Dalam keasyikan tarian, keseimbangan badan hilang, Nelly hampir terjatuh &........Moniqa memandang penuh cemburu. Aku menyambut langkah gadis itu yang hampir terjatuh hingga dia kelihatan terkejut & terkebil2. “Ok, sebelum u cedera lebih parah, jom la i hantar u balik k.” Kami sama2 ketawa memuncakkan rasa marah Moniqa yg berlalu pergi.
“Sape hantar td?”. Nelly tersentak apabila membuka pintu rumah. “Kawan Nelly, kak..Kaizar. Dia pandai menari tau!”Jade memandang adiknya. “Lelaki pandai menari? Kelakar..”Pelikkan bila ada yg pandang sebelah mata keupayaan seorang lelaki menari. “Kakak, apa yg kelakar. Skrg, ramai penari lelaki yg hebat2 tau. Nak sebut satu-persatu sampai esok pun tak abis. Huh..Kakak cantik2 nak pegi mana ni?” Jade menjuihkan bibirnya. “Nelly suka dia? Igt, mommy & daddy dh amanahkan Nelly duduk dgn kakak so Nelly kena ikut ckp kakak. Jgn buat benda tak senonoh ok!” Amaran keras si kakak menguasai minda si adik. “Dia dh ada gurlfren la kak...apa la kakak ni..mana ada Nelly buat benda bukan2 . Nelly belajar menari je!”. Gadis itu tiba2 terbatuk. Kepalanya rasa pening & berat. “Nape ni? Makan ubat k..Kakak nak kuar dh ni..”Deruman enjin kereta kedengaran. Nelly memandang ke luar. “Abang Ash, jaga kakak baik2...jgn notty2 tau...hehehe”. Ashraf tersenyum penuh tampan. “Ok, i will..Nelly betul tak nak ikut kitorang?” Jade mula melabuhkan punggung di kereta mewah itu. “Tak mau laa...tak nak kacau daun..!”
Malam yg semakin menghilang. Gadis itu belum tido. Pintu bilik dibuka. Jade baru pulang. Memandang si adik penuh kesayuan. “Nelly masih teringatkan Fizz?” Nelly menyeka airmata. “Tak laa kak. Dia dah lama mati dlm hidup Nelly. Cerita 5 tahun lepas. Tak payah igt la. Nelly pun tak harap dia kembali.” Jade merenung adiknya. “Gud. Nelly kena kuat ok. Dh la pegi tido, esok kan Nelly ada claz.” Gadis itu ingin melelapkan diri namun sukar dirasakan. Peristiwa itu kembali bermain di ingatan bagaimana hatinya hancur seperti direnyuk apabila Fizz memutuskan perhubungan mereka setelah pertunangan semakin menghampiri. Ketika itu masing2 masih lg terlalu muda. Namun itu tidak menghalang rasa trauma Nelly hingga terus menutup pintu cintanya. Msg yg baru diterima itu dibaca berulang kali “Nelly, aku dah nak nikah dgn Kimy. Aku tak mau tunggu lagi. Aku malas la nak bertangguh. Lepas ni giliran kau la pulak tau. Jgn la kenang dh apa terjadi. Be strong & teruskan idup dgn gembira. U go gurl..” Akhirnya sahabat baik Nelly, Eppa Hanna memutuskan utk menerima lamaran usahawan, Hakimy Rizal. Nelly menerima khabar gembira yg Eppa tidak lama lg bakal bergelar “Mrs. Kimy”.
Aku bosan lagi. Nape asyik bosan je ni. Dah hampir seminggu aku tak jumpa Eddyana. Katanya sibuk dgn claz. Nak exam so aku malas nak ganggu. Nelly pun tak msg. Kot2 nak belajar menari lagi. Aku tersenyum sendirian. Suatu situasi lain yang mana pagi itu Nelly menunggu seperti biasa di Bus Stop. Sebuah kereta sport hitam berhenti di hadapan gadis itu. “Hi cik adik, nak ke mana tu? Boleh i hantarkan?” seseorang mempelawa utk menumpang. Nelly tersenyum. “Player” dh dtg. Nelly bersuara apabila dipujuk utk menaiki kereta tersebut. “Hmm..Abang ni yg pernah kuar dgn kakak saya kan..” Nelly memandang tiada sape2 di situ. Bas plk lambat. “Ye ke? Sape kakak u? Jap2..u ni adik Tania ye?” Nelly menggeleng. “Dina? Lisa? Emy? atau Sally?” Huh, mmg dasar playboy! “Tak..saya adik Jade Melrossalea.” Lelaki itu terkejut. Salah pancing daa.. “Owh...hmm...adik, maaf laa abang baru teringat ada kerja sikit laa...abang gerak dulu ye..bye..” kereta sport hitam itu meluncur laju. “Eh, dia yg sibuk beria2 ajak aku tumpang, tiba2 blah mcm tu plk..sengal!”
“U ke mana semalam?”. Aku hilang punca. Mcm2 versi cerita aku dgr ttg Eddyana. “I yg patut tanya u soalan tu. I tunggu u mcm tunggul tau..where were u?”. Alamak, awek aku mengamuk la. Relax. Ego kena jaga. “Tp tak semestinya u bebas kuar dgn sape2 je kan..mcm2 cite i dgr ttg u..kuar dgn jantan tu, kuar dgn jantan ni? I bole terima lagi dgr u kuar dgn Zack la, Azam la, Khaliff la..termasuk footballer yg katanya macho si Weszly tu..tp Hurmz..u tau kan sape dia? Nape? Apa yg hebat sgt ttg dia? U ni bohsia ke?” Tamparan wanita singgah di pipi ku. Mata Eddyana berkaca. “I tunggu u semalam. U mesti lupa smlm hari apa kan. I nak celebrate dgn u. Tp u ke mana? U langsung tak dtg, call tak berjawab, msg tak berbalas. Skrg, u tuduh i yg bukan2! U sentiasa sibuk dgn tarian u, performance u, studio u..termasuk dgn Moniqa kan. Jgn igt i tak tau!” Ala..aku lupa msg Eddyana semalam tak sempat berbalas. Bateri telefon abis & aku biarkan bgitu sahaja. OMG! Semalam anniversary kami. Camne ni?
“Semua ni sbb Nelly kan? Kalau laa Nelly tak mtk Kaizar ajar menari semalam, mesti tak jadi camni!”. Aku bertemu & luahkan masalah itu pd Nelly. “Tak de laa..ni salah sendiri laa. Sape suruh tak check phone.” Aku pening. “Ok, cmni..jom kita beli hadiah, nt Kaizar pujuk Eddyana k!”. Idea bernas. Aku mtk pandangan Nelly je la. Pompuan mesti tau selera pompuan kan! Sejambak mawar merah yg mekar mengharum berserta seutas rantai aku hadiahkan pd Eddyana. Betul jangkaan aku. Tak susah la pujuk awek. Ish, berdebar jantung aku dipeluk Ed. Terima kasih Nelly..dirimu mmg penyelamat! Huhu..
Pagi itu, Nelly & teman2 menghabiskan masa bersama. Seperti biasa pelbagai cerita yg harus di ‘update’ apabila bertemu. “Smlm Hurmz kantoi babe!!!”..Zegna memula gossip panas. “Dengan Ed lg!” Pojie plk menambah. “Eddyana?” Nelly bertanya. “No laa...awek dia laa..anak Dato’ tu, si Edielia..i dgr selalu sgt dia angkut awek dia blk umah, ntah mcm mana smlm terkantoi la plk dgn JAIS!”. Dgn mimik muka Zegna bercerita. “Elok la tu, i hope dia stop perangai buaya dia tu. Biar dia cpt kawen dgn Edielia. Takde la mana2 pompuan jd mangsa lagi..”. Teman2 terlihatkan cincin emas putih dijari manis Zegna. “Eiz bg. Kitorg nak tunang next month”. Gadis2 itu saling berpelukan keriangan. Di ruang pintu itu, Farisha masuk dgn wajah keriangan yg tidak mampu dijelaskan. Happy nampak, babe?” Eppa menyergah. “Hmm...i’m so happy! Adam proposed me!” Gadis2 itu saling berpelukan lg meraikan seorang lg teman yg bakal bergelar “Puan”. Pojie? “Coming soon!” jeritnya ceria. Mungkinkah itu detik terakhir mereka bersama? Semua itu terlintas di minda Nelly.
“Hi Nelly..lama dh tak jumpa kan..hujung bulan ni i ada competition, hope u boleh dtg support i! Ni penting utk i. Kalau menang, i boleh wakil Malaysia utk world competition tau. I nak kembangkan bakat tari i ke seluruh dunia!” Kedengaran halus suara miliknya seperti menahan getar yg tak terhingga. “Gud. U memulakan semua drp bwh dgn penuh gigih. Pasti kejayaan dlm tangan u punya la..hmm..Kaizar, i dh abiskan study tau. Mcm u penah ckp study pun harus ada intrig! Berkat doa semua, ujung bulan ni i konvo..i wanna wish u all d best! Gud luck tau..hmm..i nak mohon maaf byk2 kalau i ada salah & silap dgn u. Thx 4 everything ye. ” Pelik. Mcm hari raya plk nak bermaaf-maafan. Hahaha. Perbualan itu berterusan disulami riang tawa, lawak jenaka, pelbagai kisah cerita dan cereka sebelum aku menamatkan perbualan sedari Eddyana menunggu aku utk makan malam istimewa bersama.
30 Ogos, jam 9 malam ini penentuan buatku. Doa semua aku harapkan. Tiba giliranku satu sebelum penghujung. Langkah ku aturkan. Alunan muzik mengiringi dansa hasil kreativiti ku sendiri. Persaingan sungguh sengit. Aku kagum & hampir berputus asa tatkala melihat sendiri kerancakan & keunikan tarian yg dipersembahkan pesaingku, Jeremy. Jeremy mmg hebat. Dua tahun berturut2 menjadi juara & aku masih lagi belum mampu mencantas kedudukannya. Namun gelodak remajaku tidak akan membiarkan semua itu membelenggu. Akan aku berikan yg terbaik. Malam itu milikku. Janji yg tergetus tulus drpd hati.
Muzik bergema. Langkah bermula. Segala teknik aku curahkan. Memberikan satu persembahan yg hebat, unik & menarik misi aku utk bergelar bintang tari suatu ketika nnt. Tepukan gemuruh disusuli sorakan penonton tidak ku hiraukan. Tiba saat pemenang diumumkan. OMG! Jeremy tidak lagi bergelar juara. Naib Juara gelaran baru utk Jeremy. Jd sape kah King Of “Dansa” pd malam ini. Hati kecilku berdebar. “Kaizar Faries!” tepukan mengiringi langkah perjalananku ke pentas menerima hadiah kemenangan. Aku diumumkan sbg juara sekaligus layak mewakili Negara utk competition di Hollywood kelak. Alhamdulillah. Aku mencari2 wajah itu. Mana Nelly? Ingin skali aku berkongsi kegembiraan ini. Eddyana juga tidak kelihatan.
Di kejauhan aku terpandang wajah jelita milik supermodel terkenal, Jade Melrose. Di sisinya kelihatan jejaka tampan, Ash tunangnya. Jade mendekatiku & menyerahkan sesuatu. “Tahniah Kaizar! U deserved it! Maaf, Nelly tak dpt meraikan u pd malam ni.” Terkesima aku memandang keindahan & kejelitaan wajah semulajadi miliknya. Namun mengapa matanya berkaca? Ya Tuhan..aku terkedu. Hampir sebulan aku tidak menemui Nelly hingga detik aku dikhabarkan pemergiaannya akibat Barah Otak. Panggilan terakhir dua minggu yg lalu merupakan perbualan terakhir kami. Tidak ku duga deraian ketawa itu merupakan penawar pd secebis kesakitan yg tidak tertanggung. Tidak ku jangka hari2 terakhir menatap wajah sayu & pucat miliknya adalah kerana penderitaan sakit yg ditanggungnya. Jade menghulurkan diari milik gadis itu. Menurutnya, diari Nelly itu dipenuhi dgn nama ku. Diari itu ku terima. Benar, halaman terakhir bagaikan satu warkah buat diriku. Aku menatap & membacanya..
Ahad, 30 Ogos 2009..
Malam ini malam penting buat Kaizar..jauh di sudut hati pastinya aku mendoakan kemenangan & kejayaan berpihak buat dirinya! Hari ni juga penting buat aku..konvokesyen..sayangnya aku tidak berada di situ. Andainya boleh ku belah dua, akan ku layangkan diriku ke majlis konvokesyen bersejarah buatku & sebelah lagi akan ku terbangkan sayapku memberi semangat penuh inspirasi sbg sokongan buat seorang sahabat, guru & mentor.. Dr. Noah mengesahkan aku tak dpt bertahan lagi. Rahsia ini ku pendam hingga ke titik akhir sebuah lara kehidupan. Tanpa ku jangka barahku semakin serius. Selama ini aku disangka lara akibat kehilangan cinta yg meninggalkan aku. Namun itu bukan yg sebenarnya. Maaf semua, aku tidak berada di sisi mereka pd kala ini. Maaf juga kerana merahsiakan semua ini. Aku terima dgn redha kerana ini suratan buatku. Mommy, Daddy..Nelly tamatkan pengajian kerana terlalu sayangkan mommy & daddy. Kak Jade, terima kasih kerana sentiasa ada buat Nelly. Teman2 tercinta..Eppa, Pojie, Farisha & Zegna, kebahagiaan kalian aku doakan berpanjangan & istimewa buat sahabatku Kaizar, terima kasih kerana sudi mengajarku erti kehidupan, ketabahan & perjuangan sehingga ke saat terakhir penghidupanku..benar katamu, kehidupan itu dipenuhi intrig. Hanya yg benar2 menghargai kehidupan shj pasti akan merasai kebahagiaan hingga suatu detik tatkala nyawa semakin berada di penghujung. Aku bersyukur di akhir waktu dpt juga aku merasai sesuatu yg ingin aku rasai. Congratz Kaizar. Tentunya malam ini menjadi milikmu! Terima kasih atas segalanya sahabat. Selamat tinggal teman...!
“Sayang, U can dance!”
-Juenellydia-
Tanpa aku sedari, airmata lelaki ku menitis. Bukan kerana kecewa jauh sekali kerana sedih tetapi berbangga krn aku berupaya merealisasikan impian seorang sahabat. “Tenanglah Nelly di sana..” hatiku berbisik & mendedikasikan kejayaan ini buatnya. “Sayang...! congratz...” pelukan & ciuman istimewa Eddyana menutup kesedihan sebuah intrig cinta yang mula berbicara.. Terima kasih Tuhan atas segalanya!