Sunday, May 16, 2010

Hadiah Dari SAhabat Kepada Sahabat-JUE NELLY SANDRA

INTRIG CINTA KAIZAR
 
Sebuah karya sebagai hadiah drp hati utk tatapan BFF semua. Kesinambungan daripada Intrig Dansa Kaizar yang kini kembali setelah hampir-hampir dibinasakan. Semoga persahabatan yang tercipta akan terus kukuh & erat..
Love u so much, guys..Enjoyssssssssss~!!!


Aku masih lagi bersendiri. Membaca, meneliti dan menghayati isi kandungan diari itu. Dalam diam ku hitung hampir setahun Nelly pergi..aku masih mengenangkannya..seorang sahabat yang baik, memahami, menyokong dan sentiasa ada bersamaku saat aku memerlukan.

“I rasa u simpan la diari ni..penuh dengan nama u dalam ni. Doakan dia tenang di sana.” Ayat terakhir Jade Melrossalea saat ku temuinya pada 30 September ketika aku dinobatkan juara pertandingan dansa itu. Airmata jantanku menitis. Tak ku sangka selama ni Nelly menyimpan rasa padaku. Ku putuskan utk menyimpan diari itu sebagai kenangan yang pernah tercipta antara aku dan dia. Biarpun sementara namun begitu terkesan di hatiku.

“Rindunya…” bisik hati kecil Jade Melrose. Kehilangan satu-satunya adik bukan sesuatu yang mudah. Terlerainya sebuah ikatan juga bukan sesuatu yang ringan utk dihadapi. Berteman sepi. Akrab dengan penderitaan terhadap sebuah cinta yang tidak kesampaian. Beberapa bulan sebelum ke jinjang pelamin, Ashraff buat perangai. Namun Jade tabah. Jade semakin fokus kepada karier. Biarpun masih memegang mandat supermodel yang wajahnya menghiasi billboard, iklan tv serta majalah, namun saingan semakin sengit. Lagipun skrg bukan mudah utk sentiasa berada di atas. Kehadiran model baru ciptaan program realiti, Damia Kirana mampu meruntuhkan kedudukannya. Serata akhbar melaporkan permusuhan yang tercipta antara Jade dan Damia.

“Apa khabar u skrg?”. Jade menghulur salam pada pertemuan petang itu. Aku melihat Jade semakin cantik. Melihatkan Jade, hampir membuatkan aku sebak mengenangkan segala yang dilaluinya. Aku sendiri mengetahui betapa rapatnya hubungan adik-beradik Jade dan Nelly. Kami berbual mesra, pelbagai kisah dikongsikan sebelum aku melihat kelibat Damia bersama kekasihnya, Adi seorang penyanyi yang juga lahir daripada sebuah program realiti. Jade tersenyum sinis. Aku faham. Lumrah hidup selebriti. Saling bersaing. Namun begitu intim tatkala beraksi bersama di hadapan lensa kamera. Aku mengenali Jade sebagai seorang yang bekerja keras. Berkali aku mengingatkan Jade agar terus tabah dan teguh mengejar cita-cita dan impiannya utk terus berada dalam kedudukannya kini. Jade sendiri mengatakan dirinya tidak lagi ingin memikirkan soal cinta setelah pelamin angannya dimusnahkan Ash. Namun takdir punya cerita tersendiri. Perkenalan Jade dgn seorang usahawan yang membuat pelaburan dalam filem pertama Jade membuahkan bibit2 cinta yang tidak diundang. Bagaikan tahun bertuah utk Jade apabila memenangi Aktres Terbaik utk filem tersebut serta akhirnya bergelar permaisuri hati kepada usahawan terkemuka, Azrie Iqbal. Damia? Seringkali bintang realiti disebut sebagai artis mi segera. Namun tidak utk Mia. Aku mengikuti perkembangannya dan Damia kini antara model yang disebut2 untuk membintangi drama bersiri blockbuster arahan pengarah tersohor Yazid Yahya di samping Adi. Media masih lagi memukul canang memerihalkan permusuhan dua bintang ini namun kesahihannya tidak pasti. “Biarkan ia berlalu begitu sahaja”. Seringkali aku tersenyum dengan kata2 Jade itu.

“I bz la..sorry, I can’t make it!”..ayat2 begitu sejak kebelakangan ini sering ku terima drp Eddyana. Aku sendiri kabur. Semakin kurang jelas dgn perubahan Eddyana. Bukan sehari dua aku kenalinya tp kali ini aku rasakan seperti tidak pernah mengenali dirinya. Pernah aku terserempak Eddyana bersama Weszly tp ku diamkan sahaja. Malas nak membesarkan hal ni. Dalam tidak sedar, semakin Eddyana berkelakuan begitu semakin aku merindui dia…Nelly.

Bergelar koreografer, miliki studio tarian sendiri..ternyata impian itu menjadi kenyataan. Terima kasih Tuhan. Terima kasih sahabatku Muddy kerana sudi menjaga studio ini dengan baik sementelah aku kini sedang berjuang menjadi anak yang taat pada ibu bapaku. Aku masih lagi ke studio cuma tidak lagi kerap dan bergelar koreografer sepenuh masa. Sesekali bila keinginan dansa menjelma, aku habiskan masa di studio kesayanganku itu hingga larut malam. Aku bersetuju menerima tawaran ayah utk bekerja di syarikat itu mengenangkan ayah telah byk berkorban apa sahaja utk aku . Di syarikat inilah bermulanya satu intrig cinta yang tak pernah ku duga.

Di suatu sudut ketika sedang menikmati sarapan pagi bersama sahabat baikku Syuk yang kini memiliki syarikat penerbitan sendiri dan Atong, peguam terkemuka di bandaraya ini, aku terpandang makhluk ciptaan Tuhan yang mengingatkan aku kepada sesuatu. “Pandang apa tu? Pantang tengok perempuan!” Syuk menegurku yang leka memandangnya. “Gerak dulu la. Banyak kerja kat ofis. Nanti kita jumpa semula ok.” Syuk meminta diri. “Alamak, ada kes pukul 9 ni. Nak terus ke mahkamah ni. I got to go. See u!” Diikuti Atong meminta diri. Aku terus memandangnya. Wajah itu. Ya. Wajah itu. “Cepat laa Red..lambat laa u ni. Buat kerja sikit pun lambat!” lelaki itu berlari mengejar dua gadis itu sambil menjinjing beg dan fail. “Ok2. Sabar la.. u jalan laju sangat la. Beg u ni berat la. Afiqa, tunggu Red!”. “Cepat laa…nanti daddy I bising. Ishh…lambat la!”. Gadis itu terus berjalan laju seperti mengejar sesuatu. “Kakak, tunggu la Red, sian dia!”. Gadis bertocang putih gebu itu menjerit namun tidak dipedulikan gadis sombong itu. “Eei…cepatlah..korang berdua ni lambat. Buat kerja sikit pun tak boleh!”. Alamak.. kecohnya perempuan ni. Menyampah pulak..tp siapa dia…Nelly?

Alamak, mana fail tu ye? Aku kaget. Mencari fail penting yang sepatutnya ada atas meja ku. Sekejap lagi meeting. Aku kini Ketua Pegawai Operasi syarikat yang dibina bersama ayah dan rakan karibnya. Seharusnya Syamila yang mengemas semua ni. Tapi mana dia? Hmm..setiausaha aku ni tgh mabuk cinta. Dengan siapa? Edie. Seorang business development executive yang selalu datang bertandang ke pejabat aku. Tiap2 hari bergayut sampai semua kerja tak siap. Geram juga tp apa boleh buat. Kuasa cinta bisa merubah segalanya. Namun aku bersyukur bila mendapat khabar gembira Edie dan Syamila bakal disatukan tak lama lagi. Harap prestasi kerjanya semakin meningkat lepas berumahtangga nanti. Or else, aku la yang bakal menutup segala prestasi dia dengan mencari setiausaha lain. Haa..jumpa pun fail2 ni. Tp yang mana satu ye? Aku ambil semua utk di bawa ke bilik mesyuarat. Langkah ku atur berhati2. Byk fail ni sampai menghalang pandangan hadapanku. “Hey, buta ke?” Alamak. Jatuh semua fail. Termasuk tas tangan dan handphone milik gadis itu. “sorry, tak sengaja.” Aku menghulur tangan. “Kaizar”. Salamku tidak bersambut sebaliknya dibalas dengan kasar oleh gadis itu. “Lain kali jalan guna mata tu. Menyusahkan orang. Handphone I yang pecah ni siapa nak ganti?”. Sombongnya. Tp mataku tak lepas memandangnya. Wajahnya seiras Nelly. Inilah perempuan kecoh yang aku nampak di kafe tadi. “Boleh tolong berbahasa elok sikit tak? U yang jalan tak guna mata. Siapa langgar siapa ni? Lain kali jangan cakap telefon sambil berjalan. Lepas tu mata pulak pandang merata2 tak pandang depan. Siapa yang menyusahkan orang sekarang ni?”. Huh. Perempuan sombong ni harus diajar. Aku berlalu begitu sahaja menuju ke bilik mesyurat.

“Kaizar, I nak kenalkan u dgn beberapa staff baru. Ini Redzuan, akauntan baru syarikat kita”. Salam perkenalan ku hulur. “This is my daughter, Tengku Jaslene Afiqa. Dia akan assist u bahagian operation & I hope u boleh tunjuk ajar dia mana2 yang perlu ok”. Gadis comel itu menyambut salamku dengan ukiran senyuman yang manis sekali. “And ni sorg lagi my daughter merangkap CEO baru company kita, Tengku Julia Sandra”. Gadis itu berpaling. What?? Anak Tengku Zackry? Aku kena bekerjasama dengan perempuan sombong ni ke? Salamku disambut acuh tak acuh.

Sejak itu, aku bekerja sebumbung dengan gadis sombong mirip Nelly itu. Sandra nama tercipta. Tetapi kelakuannya tidak seindah yang diharapkan. Namun, adik kandungnya Afiqa punya ciri berbeza. Bekerjasama dengan gadis comel itu kadangkala membibitkan sesuatu namun berjaya aku kawal biarpun kadangkala terdetik di hati bahawa si comel itu menyukaiku. Boleh dikatakan aku mempunyai hubungan yang rapat dan akrab dengan Afiqa sehinggakan aku mengganggapnya seperti adik kandung aku sendiri. Semoga Afiqa mengerti bahawa aku menyayanginya seperti seorang adik kerana aku merasakan seperti hatiku dicuri seseorang. Aku tidak mengerti. Aneh sungguh perasaan ini.

“Malam ni Afiqa nak ajak abg teman Afiqa ke Birthday’s Party seseorang. Kawan Afiqa. Abg dtg tau. Afiqa tunggu”. Tatkala aku sedang memandu menuju ke majlis itu, Afiqa menyentuh tanganku. “Afiqa nak ucapkan terima kasih pada Abg sbb byk ajar Afiqa pasal kerja. Afiqa mengaku pernah sukakan abg. Afiqa tak faham kenapa kakak begitu benci pada abg. Tp percayalah, kakak bukan seperti itu. Skrg Afiqa sedar abg sebenarnya pun suka pada kakak kan. Afiqa tak kisah. Afiqa terima”. Pada majlis gilang gemilang Nigelia Macdelina yang menyambut hari jadi di sisi tunang tersayang, Lois ku lihat Afiqa begitu gembira. Afiqa gadis riang, peramah dan penuh santun tidak seperti Sandra yang penuh dengan ego. Aku pasti Sandra menyimpan 1001 rahsia di sebalik keegoan itu.

“I masih merindui Nelly. Senyumannya, tutur bicaranya..semua tentang dia..rindu sgt”. Zegna mengalirkan airmata. Gadis2 itu berkumpul semula sekian lama tidak bertemu setelah tamat pengajian. Masing-masing membicarakan hal dan perkembangan diri setelah kian lama tak jumpa. Mereka merindui Nelly. Sangat merindui. Pojie kini bergelar tunangan orang. Makin cantik dan berseri wajah Pojie. Terserlah kebahagiaan di wajahnya. Zegna pula bertemu cinta baru setelah kasihnya bersama Eiz terlerai di tengah jalan. Farisha dan Adam menanti masa untuk disatukan ke jinjang pelamin. Namun Eppa punya cerita dan derita tersendiri. “Hakimy meninggal sebulan selepas kitorg bernikah. Perit sgt I rasakan. Pedih.”..mereka masih mengalirkan airmata mengenangkan kepergian seorang rakan. “Dah laa gurls..jangan laa sedih..rosak dah make up I tau!” masing2 kembali ceria dan ketawa tatkala Zeqna mula bersuara. Telefon berbunyi. “Sorry u ols, BB I yang berbunyi. Oh..sorry gurls..i got to go.. si dia dah menunggu. I tak sedar pun.” Zegna tersenyum membaca mesej yang diterima. “Wah, manakah jejaka itu?” Zeqna menunjuk ke arah sebuah kereta sport merah yang dipandu seorang jejaka kacak. “Bertuah u Zeqna.. handsome nye..kahwin laa cpt..kitorg nak merasa nasi minyak kenduri u..” hilai tawa mereka memecahkan kesunyian petang itu.

Eppa dan Farisha berjalan melewati bangunan itu seusai selesai membeli hantaran perkahwinan Farisha dan Adam. Eh, tu Hurmz kan..wah..makin tampan laa…mereka memandang ke arah jejaka itu. Ya. Jejaka yang pernah bertakhta di hati dan menjadi pujaan gadis di kolej suatu masa dahulu. Pertemuan yang tidak dijangka itu menyaksikan suatu lagi intrig cinta yang tercipta. “Hi, Eppa!”. Si jelita itu terkedu. Farisha tersenyum manis. “Eppa, Adam tunggu I la, nak cari cincin utk nikah pulak. I pergi dulu ye!”. Eppa tersenyum. Kesempatan diambil Hurmz utk terus menghabiskan masa bersama si jelita itu. “I pun lepas kejadian tu, I betul2 tersentak. Bagaikan hukuman utk I, I accident teruk. Edielia meninggal. I koma. Tp I bersyukur tuhan masih sayangkan i. I nak berubah”. Eppa mendengar penuh setia. Semakin hari terasa hubungan itu semakin erat. Akhirnya takdir menyatukan keduanya. Tema dalam taman mengisi ruang majlis penyatuan dua hati Hurmz dan Eppa. Sungguh meriah.

“I nak tanya u pasal project tender company. Apa dah jadi? Apa u buat? Kita hampir rugi tau. Inilah lelaki. Buat kerja tak pakai otak”. Suasana pejabat tiba2 menjadi keruh dgn getaran suara gadis itu. Semua staff ingin mendengar dan melihat apa yg terjadi. Aku segera menutup pintu bilik. “Apa kena ni Sandra? Tiba2 memekik mcm perempuan gila! Tak tahu malu?”. Aku membalas serangan ayat Sandra. “U yang buat kerja tak pakai otak. Kita hampir rugi bukan sikit tau. Mcm mana u buat kerja?” Itu lah kalau tak sepenuh hati buat kerja. Kalau rasa nak jadi penari, jangan kerja kat sini. Jadi je penari sepenuh masa. Company ni tak perlukan pekerja yang lembap dan tak pandai bekerja mcm u!”. Aku terkedu. Dia semakin keterlaluan. “I tak pernah jumpa perempuan sombong seperti u tau! Apa kena dengan u ni? Apa masalah u?”. Aku menduga. “I sombong? Hello…tgk diri sendiri dulu ok. U berada di sini pun sbb father u ada share dalam company ni”. Aku tersentak. “Tengku Julia Sandra, jangan la berlagak sangat ok. U sendiri pun menumpang kekayaan bapak u. kalau nak ikutkan u sendiri, anak manja yang langsung tak tahu nak hidup berdikari!”. “Shut up! Lelaki mmg semuanya sama!”. Dia keluar dari ruang peribadiku. Aku terkedu. Apa kena mengena soal kerja dan lelaki? Pening. Sombong gila perempuan tu. Tp dia mengingatkan aku pada Nelly. Cuma Nelly tidak seperti itu. Sangat berbeza bagaikan langit dan bumi. Serentak itu aku teringatkan Eddyana. Begitu lama menyulam cinta, tega dia meninggalkan aku. Namun aku ikhlaskan hati kerana aku tahu tidak semua cinta bersatu. Tanpa dendam aku memanjatkan doa moga Eddyana bahagia di samping Weszly.

Pintu bilik diketuk. “Kakak, boleh Afiqa masuk?”. Sandra mengangguk. “Kakak tak baik tau. Abg Kaizar tu baik. Nape kakak malukan dia mcm tu di ofis tadi?”. Sandra diam. Pena itu dihempas. “Afiq..please la..jangan kacau kakak boleh. Kakak tau Afiqa tu yang dah jatuh cinta sgt kat mamat tu. Harap je dia tu anak kawan baik daddy. Kalau tak sorry la. Buat kerja pun tak betul. Ada hati nak kerja kat company kita.” Afiqa memandang tepat ke arahnya. “Kakak ni sombong la. Ingat kak, tak selamanya kita di atas. Percayalah tidak semua orang itu sama.” Sandra menjeling seraya mengarahkan Afiqa keluar. “Dah la kak, malas Afiqa nak layan”. Keadaan hening seketika sebelum dibalas Sandra. “Good. Pegi masuk bilik sendiri, jangan menyibuk kat bilik org ok. Good night!”. Pintu bilik dihempas.

Rindu pada dansa terubat. Aku menghabiskan masa bersama Muddy dan anak2 didikku di studio. Malam masih muda. Aku merehatkan diri di sebuah jalanan sunyi. Memang tak banyak kenderaan yang lalu di situ. Sekadar mengenang beberapa peristiwa, sengaja ku melepaskan tekanan di lokasi itu. “Tolong! Tolong!”. Jeritan itu memecah kesunyian malam. Aku memandang ke suatu sudut. Kereta Sandra. Mana dia? Aku menghampiri semak itu. Aku menumbuk dan menendang lelaki itu. Terkejut dengan kejadian itu, lelaki itu lari bertempiaran. Esak tangis Sandra membuatkan aku simpati. Sandra pulang lewat drp pejabat dan melalui jalanan itu namun nasib malang menimpa apabila keretanya rosak. Bantuan ikhlas yang diharapkan rupanya membawa kepada trauma yang mendalam pada gadis itu. Aku berusaha menenangkannya dan dalam kepekatan malam, aku semakin mengenali gadis itu.

Malam itu segala rahsia terungkai. Tahulah aku kini mengapa Sandra begitu ego dan sombong. Pengkhianatan pada sebuah cinta yang suci menyebabkan Sandra begitu berhati-hati dan membenci sesuatu yang bernama cinta. Aku meyakinkan Sandra tidak semua cinta itu menyakitkan. Segalanya penuh dengan intrig. Hanya kita yang bisa memahami dan mengemudi perjalanan cinta itu sendiri. Aku menghantar Sandra pulang. Hatiku begitu kuat teringatkan Nelly. Semakin hari aku tahu aku semakin menyayangi gadis itu. Tetapi aku kabur. Adakah aku menyayanginya kerana dirinya atau aku menyayanginya kerana kenangan yang pernah ku cipta bersama dia yang telah pergi meninggalkan aku sendiri. Aku keliru. Maafkan aku kerana keliru. Dengan sedikit kekuatan, ku bongkar rasa rinduku terhadap Nelly kepada Sandra. Telah ku duga, airmatanya pasti menitis. Aku berasa bersalah. “I tau I mungkin tak dpt ganti tmpt Nelly. I juga bukan saingan Eddyana. Tp I sedar yang I semakin menyukai u. Apa yang telah berlaku membuatkan I semakin mengenali u”. Sandra memelukku. Dapat ku rasakan tangisan syahdunya mengiringi keheningan malam itu. Aku juga dpt merasakannya. Aku menyayangimu Sandra. Tapi tidak semudah itu utk aku lafazkan rasa itu.

Muddy menghubungiku. ada majlis dansa. Hmm..dalam usia dan kedudukan aku skrg rasanya biarlah Muddy menguruskan utk anak2 didikku sahaja yang menyertainya. Lagipun Kaizar’s Studio dah punya seorang penari hebat..bakal penggantiku..bisik hatiku..Joseph. Langkah tarinya cukup cemerlang. Intrig dansanya mampu memukau sesiapa sahaja yang menontonnya. Ditambah pula dengan kemantapan dansa Cliff, Ekan, Albert dan Zul. Mereka semua adalah penggerak Kaizar’s Studio. Aku bersyukur dan berbangga dengan pencapaian itu.

Kemalasan melanda. Aku berat hati nak ke pejabat. Ke mana ye? Tapi hatiku tergerak ingin ke studio. Hampir sebulan juga tidak ke studio. “Kaizar, I miss u tau..lama u tak dtg..tak rindu I ke?”..aku sekadar senyum. Moniqa masih lagi seperti dulu. Masih lagi sudi menjadi penjaga studio tapi kali ni berbayar..hehe.. ye la, sampai bila nak kerja free. Lagipun aku melihat cara kerja dan pengalaman Moniqa yang semakin meningkat. “Hello. My name is Isma. I minat menari and I datang sini nak daftar”. Aku berpaling ke arah kaunter. Gadis periang ini benar2 mengusik sanubariku. Caranya, tingkah lakunya..tidak ubah seperti Nelly. Dia memandangku. Dia tersenyum. Ayu sungguh wajahnya. Dengan keberanian aku menyapa. Bertukar nombor telefon, saling berhubungan menjadikan aku dan dia semakin erat. Makin hari rasa suka bertukar sayang. Isma gadis istimewa pengubat duka ku setelah kehilangan Eddyana. Sementelah, aku merasa semakin jauh dengan Sandra yang semakin sibuk mengejar pembangunan kariernya. Sedikit sebanyak aku gembira dengan perubahan itu. Sandra tidak lagi seperti dahulu. Dia bukan lagi gadis sombong yang dibenci hampir kesemua staff lain.

Dalam keinginanku untuk melihat hari yang sentiasa cerah mengelilingi perjalanan hidupku, aku dikejutkan dengan keputusan Isma melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Aku pasrah. Bukan hak aku utk menghalang perjalanan hidupnya lebih2 lagi berkait soal masa hadapannya. Aku menyerahkan cincin itu. Terpulang pada Isma sama ada mahu menerimanya atau tidak. Isma berjanji akan pulang suatu masa nanti. Namun aku tidak berharap. Kalau takdirnya untuk aku, maka aku terima.

Aku meniti hari yang tidak pasti. Masih bersama Sandra, aku semakin kabur dalam sebuah kepastian. Aku rasakan seperti menyayanginya, tapi aku keliru. Jalan terbaik, aku harus pergi mencari sebuah kepastian. Adakah aku ingin bersama Sandra atau aku masih mahu menunggu Isma. Semakin perit perasaan ini. Pedih aku rasakan. Aku keliru. Kadangkala aku cemburu tatkala melihat Sandra menerima kiriman SMS daripada seseorang. Katanya kawan lelaki sewaktu sama2 menuntut di universiti. Isma pula semakin hari ku rasakan semakin jauh.

Hari ke hari aku rasakan tiada guna utk aku terus berjuang dalam cinta. Aku merasakan tiada gunanya aku di sini lagi. Rindu yang mendalam membawa aku hanyut dalam sebuah kehancuran. Pagi yang hening. Aku harus pergi. Ya. Harus pergi. Berada di lapangan terbang bersama ibu bapa, abang, kakak dan sahabat yang ingin mengucapkan selamat jalan padaku. Dari kejauhan kelihatan Sandra hadir membawa bersama sejambak bunga. “Jaga diri u. Thanks so much sbb u dah byk ajar I erti hidup. I janji akan jadi isteri yang baik. Itu janji i..”. Aku tersenyum. Sandra kini bergelar isteri. Yang pasti bukan permaisuri hatiku. Sebaliknya malam tadi sebelum kepergianku, Sandra sah bergelar permaisuri hati seorang lelaki yang telah lama dikenalinya. Gembira aku melihatnya. Aku bersalaman dgn Walter. Tahniah kerana berjaya menjadi hero yang mengubah pendiriannya. Bukan aku.

Aku meniti escalator itu sambil melambai salam perpisahan kepada semua. Semakin tiba ke tingkat seterusnya. Tiba2..aku terkesima. Puteri Ismawani menjelma benar2 di hadapanku. Di jari manisnya ku lihat cincin itu. Cantik. Tak pernah ku lihat senyumanmu sebegitu. Ku yakini telah tiba di destinasi cintaku.

Tamat.

2 comments: