Ya Allah,Sekiranya kau berikan aku perasan cinta itu lagi
aku harapkan ianya kali ini benar-benar cinta.
Aku harap ianya bukan pinjaman Mu hanya untuk sementara.
Ya Allah,
DemiMu....
Kau cekalkanlah hatiku
Moga-moga perasaan aku sekarang kekal sampai bila-bila.
Bukan bicara dari nafsuku semata-mata
Ya Allah,
Dengarlah resahku,
Aku dambakan kasihku itu bukan hanya untuk mengisi kekosongan jiwa sahaja
Dan juga bukan hanya tuntutan perasaan kesepian
yang melara derita....
Ya Allah,
Buat sekian kalinya
Aku berserah akan perasaanku ini
Jika dia mencintaiMu dekatkanlah dia kepadaku supaya aku juga boleh berkongsi kecintaan itu.
Ya Allah,
Petunjuk Kebenaran
Permintaan hatiku hanya Kau sahaja yang mengetahui
Hanya Kau sahaja yang Maha Memahami...
Apa yang aku dambakan....hanya Kau sahaja yang rahmati....
Padamu ku bersujud sembah....sekiranya dia milikku dekatkanlah hati kami....AMIN
Terrified Katherine McPhee
16.10.10
8.40pm
No comments:
Post a Comment