Alhamdulillah…kekecewaan yang kau berikan dahulu adalah kebahagiaan yang aku miliki sekarang. Walaupun telah setahun kau meninggalkan aku, tapi entah kenapa aku rasa bagaikan semalam aku menyintaimu. Aku masih dpt rasakan lagi kehangatan senyumanmu, pelukkan tubuhmu. Sayang, tahniah..kau sudah pun menggantikan aku. Tak mudah bagiku melupakanmu dan aku akui, aku masih mencuba beranjak dari kisah cinta kita. Cinta yang pergi tetap akan berganti. Setahun ini aku belajar meredhai…melupakan…memaafkan demi mendapatkan kebahagiaan.
Aku percaya apa yang telah terjadi, sudah tertulis dan di takdirkan. Mungkin aku bukan untukmu dan kau bukan untukku. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dan kebahagiaanmu. Klise je bunyik…hahahaha . Apa yang telah terjadi antara kita, aku anggapkan ianya dugaan menguji sejauh mana kepercayaan kita bersama. Ternyata kita masih belum mencuba mempercayai. Namun aku tahu, jauh disudut hatimu masih tersimpan rasa itu.
Kau sudah cukup bahagia sekarang. Aku boleh melihatnya, mudah-mudahan berterusan. Ternyata kau seorang yang gigih, gigih melupakanku…terima kasih… kerana dahulu KAU KEKASIHKU…..(MSHI)
p/s: yang tukang coret ni pun gigih…hahahahaha salute for myself…!!!
7.25 pm
b/m: thinking of you katy perry…(always jd lagu feveret).
2.11.2010
.jpg)
No comments:
Post a Comment