Allah tidak akan menguji hamba2Nya, sekiranya hambaNya itu tidak mampu menerima dugaanNya. Sesungguhnya hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Setiap manusia di uji dengan pelbagai ujian. Tidak terkecuali aku….wajarkah aku mengeluh sekiranya ada lagi hambaNya yang diuji lebih dari Aku. Begitulah Allah menunjukkan kasih sayang pada hambaNya. Dia mahu hamba-hambaNya sentiasa meminta kepadaNya dan bukan kepada yang lain. Semalam masa sesi cari barang dengan ayu kami borak2 pasal kehidupan kami yang masih jauh lagi. Sayup-sayup lagi di mana penhujungnya….Allah je tau. Wallahualam…….
Ada yang diuji;
Kehidupan susah. Tgk saja, program Bersamamu tv3 yang disiarkan di tv. Tersentuh hati bukan? Tak cukup makan dan pakai. Nauzubillah….Allah menguji hambaNya kerana ingin hambaNya berubah. Hanya kita yang boleh mengubah nasib kita. Apa yang perlu kita terus meminta kepadaNya untuk diberi petunjuk apakah jalan yang hari kita lakukan demi memperolehi sebuah kehidupan yang baik.
Aku diuji;
Belajar dah setengah tahun habis. Tapi aku masih lagi tak mempunyai rezeki untuk berkerja. Hutang ade 2 lagi perlu dibayar. Ya Allah….apa sebenarnya…boleh ke kita tanya mcm tu. Sebenarnye jawapan tu kita je yang perlu cari. Takkan nak tunggu Allah jatuhkan depan mata tanpa berusaha. Aku bertawakal kepadaNya hanya dia saja yang mampu member jalan kepadaku. Aku telah lakukan sebaik mungkin. Dah bnyk interview aku pergi. Tapi satu pun tak lekat. Hahahaha….sedey…tapi aku sematkan dalam hati mungkin ada yang lagi baik menanti. Tapi jgn putus asa mencari dan mencari. Tapi aku bersyukur ada family yang memahami dan terubat segala kesusahan hati…Alhamdulillah…Duduk rumah banyak bakti aku buat. Mungkin lepas ni…aku tak mungkin dpt spend masa dgn mak dgn abah sekiranya aku berkerja. (cuba pujuk hati)…kerana tidak mahu mengeluh.
Cinta;
Wah…aku tak terfikir…according to my friend…. “mek…sekarang bukan masanya kita mencari cinta…tapi mencari teman hidup”. Sudah terlewat buat kita untuk mengharungi cinta seperti muda-mudi dulu. Bukan masa dah wey….waktu sekarang carilah teman hidup yang boleh membimbing dan menjaga kita. Belajar bersikap lebeh matang. Aku terbawa2 perbincangan aku dgn ayu. Semua org mempunyai masalah masing2. The only way to find the remedy….is to sit and ask yourself….muhasabah diri. Kadang-kadang jawapan tu ada pada diri sendiri…bukan pada kawan2. Ada masa diri sendiri adalah the better remedy dan jangan lupa Allah maha mengetahui apa berlaku. Takde ape yang boleh kita sorokkan daripada Dia. Mengadu dan merintih la pada Dia. (sayang aku rindu padamu…Cuma aku tak mampu nak ckp sbbnye…Allah je tau. Biar Dia je tau…apa yang aku rasa dan biar Dia pelihara perasaan ini semoga sentiasa Dia rahmati perasaanku ini). Ada org bercinta hampir 10 tahun tapi masih belum disatukan….Allah je tau mengapa. Sapa kita nak mempersoalkan perkara2 yang telah Dia tulis untuk kita.
Bahagia di luar tapi di dalam Allah Maha mengetahui;
Ada org Allah beri kekayaan…kesenangan dunia. Tapi ada part kehidupannya…tragis. Kita tak tau. Kita Nampak luaran mereka senang…nak itu dan ini…mampu dapat. Tapi disebaliknya…Allah je tau. Allah tu Maha Adil dan Bijaksana. Semua hambaNya di beri sama ade lebeh dan kurangnye. Jadi percayalah masa kita mesti ada jugak. Sabar dan berdoa.
p/s:Ya Allah…peliharalah aku dan keluargaku….sahabat2ku….dan kekasihku….rahmati kami. Semoga kami semua berada dijalanMu. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin….
Langit tidak sentiasa cerah, Mendung tidak bermakna hujan,
ReplyDeleteSelepas hujan mesti muncul si Pelangi.. Begitu Indah ciptaanNYA, begitu jua agenda kehidupan ini yg telah ditakdir & diaturkan oleh Allah swt yg Maha Mengetahui mana yg terbaik
Semoga berjaya dalam mencari pekerjaan dan juga teman hidup :)
hehehe.. :p
(^_^)v
ReplyDelete