Saturday, October 16, 2010

Monolog (BAYANGAN)

Semalam dan hari ini penuh beremosi. Gelung matahari bahang menyinar mengibaratkan perasaanku yang semakin membara. Adakah tiupan sangkala cinta kembali meresahkan jiwa?

Aku melakarkan tarian jiwa melalui aksara elektronik ini. Semakin teruk ku pendam semakin mendalam kerak keresahan yang aku tanggung. Tidak tertanggung, menyakitkan. Gelombang jiwa umpama hempasan ombak ke pantai. Membelah segala perasaan yang becampur baur.

Tarian cinta setahun yang dulu seakan-akan mengembalikan semula perasaan aku. Membayangkan akan kesakitan yang ku tanggung. Rentetan ucapan cinta yang pasti akan ku dengar berulang kali, tetapi berlainan version dan pengucapnya. Klise bukan....

Ini membutakan perasaanku. Haus...Laparkan sesuatu yang lebih berlainan. Akan tetapi...mungkinkah pengembaraan kali ini menjanjikan sesuatu yang lain. Yang unik...bagaimana sekiranya perjalanan cerita yang sama, cara kenalannya juga tidak jauh beza. Permulaan yang berlainan akankah memungkinkan pengakhiran yang sama ataukah sebaliknya.

Rahsia Allah, tidak siapa pun menduga apa bakal dia janjikan untuk kita hadapi. Dia kerap menduga hambaNya. Melalui pelbagai cara....cuma bagaimana hambaNya menyedari akan hikmah disebalik ujian itu. Unik bukan....mungkin dengan melalui orang yang berlainan tetapi jalan cerita yang serupa. Kita sering leka....itu menunjukkan kita manusia tidak akan dapat lari daripada kelekaan tersebut. Melainkan orang-orang yang menyedari akan kesilapan itu sendiri. Perlu ditegaskan....bahawa kesedaran yang kita akan dapat tidak semestinya berlaku dalam sekelip mata bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun.

Wallahualam bissawa.....aku memohon dipermudahkan perjalanan hidup yang aku lalui. Sekiranya aku bertemu dia di jalan yang sama...sudah ku tau tindakan yang harus ku lakukan....barangkali aku tidak akan mengulangi kesilapan yang lepas.

Tapi ketentuan Allah....kudrat dan iradat Allah...siapa berani menentang. Hati aku betul-betul resah....kepadaMu ku bersujud. Demi mencari semua jawapan yang pasti...akan kasihku yang ke sekelian kali.

background music
Avanessence: My Immortal
16.10.10
8.30pm

1 comment: